
“Wrong Place, Right Time” – Alif Satar Tak Sengaja PhotoBomb Gambar Lelaki Merokok Di Kawasan Larangan
Tular di Twitter baru-baru ini mengenai gambar seorang lelaki sedang merokok betul-betul di bawah tanda larangan merokok .
Namun apa yang menariknya, punca gambar tersebut menjadi tular adalah kerana kelibat selebriti versatil Aliff Satar yang dilihat sedang berbual dengan seseorang menggunakan handphone nya .
Champion. Smoke under the non-smoking sign
— Mi$¢ha $elamat #REVOLUSIS #AkakCheongsam (@Michellelanious) November 2, 2019
Location: Publika, 4:06pm, 2/11/2019@KKMPutrajaya pic.twitter.com/DJI1ZacrJf
Dilihat pada ruangan maklumbalas, rata-rata netizen bergurau dengan mengatakan Alif sedang membuat aduan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)
Lagi menarik perhatian apabila Alif turut memuat naik gambar tersebut di IG miliknya.
“Seriously guys why is it always me? P/s #IDidntTakeThisPhoto,” tulisnya sebagai kapsyen
Gambar tersebut turut menjadi perhatian rakan selebriti dan juga peminatnya, rata-rata mereka terhibur dengan photobomb yang dilakukan Alif secara tidak sengaja.

Sebelum ini, kelibat Alif kerap dilihat di kaca TV sewaktu siaran langsung solat jumaat yang diadakan di Masjid Wilayah