fbpx
Now Reading
Ditanya Soal Mengandung, Fasha Sandha Hanya Akan Kongsi Berita Selepas Bersalin

Ditanya Soal Mengandung, Fasha Sandha Hanya Akan Kongsi Berita Selepas Bersalin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak mahu menafikan atau mengiyakan mengenai desas-desus dirinya kini berbadan dua, Fasha Sandha mengakui keguguran sebelum ini membuatkan dirinya fobia untuk bercerita terlalu awal mengenai soal kehamilan.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/06/10/terlalu-aktif-semasa-hari-raya-fasha-sandha-alami-keguguran/

Mengambil iktibar di atas apa yang pernah berlaku, Fasha meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. Jelasnya lagi, kegugurannya terdahulu turut memberi kesan pada anak-anaknya.

“Doa yang baik-baik saja. Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu. Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Saya pernah alami keguguran sebelum ini dan ia membuatkan saya fobia untuk berkongsi awal.

“Cukuplah anak-anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebabkan mereka sudah berharap untuk ada adik. Jadi saya tak mahu membuatkan mereka berasa hampa lagi,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia tetap akan berkongsikan berita gembira itu namun berkemungkinan selepas bayinya lahir.

“Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira kepada semua orang tapi mungkin selepas saya bersalin nanti,” katanya.

Terdahulu, Fasha mengalami keguguran pada Jun lalu ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu selepas disahkan hamil setelah dua bulan berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.