fbpx
Now Reading
Kerana Membujang Terlalu Lama, Gadis Ini Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi

Kerana Membujang Terlalu Lama, Gadis Ini Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang gadis telah dipukul ibunya dengan batang besi dipercayai kerana telalu lama membujang.

gadis dipukul ibu dengan batang besi sebab terlalu lama single

Kejadian yang berlaku di Changzhou, China ini telah menyebabkan mangsa, Lin, 30, mengalami pendarahan dan lebam di beberapa bahagian badannya dan terpaksa memanggil polis.

Suspek yang juga ibu mangsa dikenali sebagai Wang, bagaimanapun enggan memberi kerjasama dengan pihak polis sambil menyifatkan tindakannya itu tidak salah kerana hanya memukul anaknya sendiri.

Lin mendakwa dia sering dipukul ibunya yang tidak berpuas hati kerana dia masih bujang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membantu ibunya menguruskan restoran sepenuh masa.

Dalam kejadian lain, suspek juga dilaporkan menyerang mangsa selepas mangsa melawan cakap ibunya kerana tidak mahu mengemas rumah.

Sumber: South China Morning Post

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.