fbpx
Now Reading
Lebih 2 Juta Tontonan, Lagu ‘Mengantuknya Mumia’ Turut Digemari Orang Dewasa

Lebih 2 Juta Tontonan, Lagu ‘Mengantuknya Mumia’ Turut Digemari Orang Dewasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kartun siri animasi Didi & Friends yang biasanya dikenali dengan cerita serta lagu-lagu hiburan dan pengajaran untuk kanak-kanak kini tampil dengan sebuah lagu baharu yang berbeza.

Lagu baharu berjudul Mengantuknya Mumia telah menjadi tular di kalangan remaja dan dewasa gara-gara kelainan melodi dan konsepnya yang ditampilkan lebih catchy dan segar.

Mengantuknya Mumia ini bagaimanapun menjadi tular di sosial media selepas dikongsikan oleh pengguna-pengguna Twitter.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga meraih lebih 2 juta tontonan hanya dalam masa seminggu!

Rata-rata warganet  teruja dengan lagu ini dan mengakui ramai peminat animasi ini kini dalam golongan remaja dan bukan lagi hanya kanak-kanak.

Berikut adalah antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.