Now Reading
Nabila Bidas Teguran PU Syed Mengenai Gambar Selfie Bersama Husky

Nabila Bidas Teguran PU Syed Mengenai Gambar Selfie Bersama Husky

https://www.instagram.com/tv/B4bkPwuJMk8/

Pelakon Nabila Huda sebelum ini menerima teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed kerana berselfie dengan seekor anjing jenis Husky. Menurut PU Syed, tindakan Nabila yang seolah-olah menormalisasikan dosa sangat bahaya dan boleh mendatangkan fitnah kepada agama. Semalam, pelakon filem Munafik itu menjawab teguran PU menerusi satu video di Instagram.

BACA : https://www.buzzkini.com/hiburan/2019/10/30/bergambar-bersama-anjing-husky-nabila-huda-siap-siap-sedia-beri-penjelasan-awal-buat-netizen/

Video durasi 6:35 minit ini menyaksikan Nabila Huda bidas teguran dari Pencetus Ummah Syed, tempoh hari. Pelakon wanita itu menyatakan posting dan gambar dimuatnaik di media sosial adalah hak individu.

Tak payah nak la buat write up tulis kat Twitter. Nak buat apa? Nak glamour? Nak nama you naik? You nak tunjuk kat semua orang yang you are God? Why?

Lepas tu tak payah la nak sebut pasal selebriti. Aku paling pantang betul lah. Bila orang sikit-sikit nak sebut pasal selebriti. Selebriti bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke?

Saya cuma nak share dengan semua orang, I love animal so much even I love dog. Kalau saya tahu benda itu haram, tak boleh pegang, tak apa. Kita kan boleh samak ia. Tak jadi masalah.


Namun ruang Instagram milik Nabila Huda masih dihujani dengan kritikan dan kecaman yang menyifatkan pelakon itu tidak mampu untuk terima teguran. Dia juga bertegas dengan pendirian dan menyarankan pengikut unfollow jika tidak suka.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.