fbpx

Wartawan US Teruja Beli Air Bungkus Di Amerika Latin, Netizen Serata Asia Ketawa Sinis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Budaya membungkus air dan kemudian diikat tepi adalah satu perkara biasa buat kita di Malaysia juga di negara-negara Asia Tenggara lainnya seperi Thailand, Indonesia Filipina dan Vietnam. Selain itu ia juga perkara biasa seperti di negara Asia barat seperti Arab Saudi dan Egypt.

Namun kaedah ini agak kurang diguna pakai dan di anggap unik di negara barat terutama di Eropah juga di Amerika.

Seorang wartawan dari California, Mike Elgan baru-baru ini berkongsi  rasa terujanya apabila membeli  air yang di bungkus di sebuah negara di Amerika Latin dalam laman twitter miliknya.

Menyangkakan perkara itu  satu perkara yang unik dan menarik, Mike akhirnya mengerti bahawa air bungkus sedemikian adalah perkara biasa malah telah lama dipraktikkan di Asia selepas tweetnya mendapat pelbagai maklumbalas dari para netizen dari benua terbesar di dunia ini, tidak terkecuali juga dari Malaysia.

Dari Thailand

Filipina

Saudi Arabia

Malah Starbucks dari Indonesia

Haha menarik kan?

Yang pasti wartawan berkenaan sekali lagi memuat naik status selepas tweetnya dihujani maklumbalas dari serata Asia dengan mengatakan dia hanya berkongsi pendapat tersebut sebab merasakan ia nya menarik dan tidak menyangka satu asia akan mentertawakannya.

Apa-apa pun semua orang hanya bergurau, diharap wartawan ini tidak serik dan terasa hati. Kalau datang ke Malaysia roger-roger ye bro. ( macam dia paham) hehe.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.