Now Reading
Bukan Hanya Dalam Drama! Mustapha Kamal Sebenarnya ‘Chairman’ Syarikat Minyak Wangi

Bukan Hanya Dalam Drama! Mustapha Kamal Sebenarnya ‘Chairman’ Syarikat Minyak Wangi

Mesti ada diantara korang yang selalu menonton watak pelakon senior Mustapha Kamal sering membawa watak sebagai ayah yang berpangkat datuk atau CEO di syarikat ternama dalam drama-drama Melayu di kaca televisyen kan?

Namun sebenarnya, pangkat tersebut bukan hanya wujud di kaca TV, hakikatnya Mustapha Kamal yang sering digelar sebagai ‘Papa’ mempunyai perniagaannya sendiri.

Difahamkan, pelakon tersebut menjalankan perniagaan pengilangan dan penghasilan minyak wangi di bawah syarikat DMIQA TRADE SDN BHD.

Merupakan Chairman syarikat tersebut, Mustapha Kamal sudah mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak wangi sejak tahun lalu.

Walaupun setelah mendapat tahu mengenai penglibatan Mustapha Kamal dalam bidang perniagaan, rata-rata netizen masih tidak boleh ‘move on’ dengan watak CEO yang dibawa pelakon itu.

Jika dibaca satu persatu komen yang ada pada gambar pelakon tersebut, ramai yang mengulang semula beberapa dialog yang sering diucapkan dalam lakonannya.

Mana tahu satu hari nanti tidak mustahil Mustapha Kamal bakal mendapat gelaran datuk pula, atas usaha perniagaan yang dijalankan itu. Terbaik Papa!

Sumber : DMIQA TRADE SDN BHD

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.