Now Reading
Sedang Menunggu Hari Bersalin, Wawa Zainal Masih Boleh Menari Hindustan!

Sedang Menunggu Hari Bersalin, Wawa Zainal Masih Boleh Menari Hindustan!

https://www.instagram.com/p/B4eoBsRBWS5/

Bakal menimang cahaya mata ketiga, Wawa Zainal kini sedang menanti detik untuk bersalin. Malah, semalam menerusi Instagram Wawa sempat berkongsikan dimana dia mengalami kontraksi sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik.

Difahamkan, kurang lagi sebulan sahaja lagi Wawa bakal melahirkan bayi ketiganya itu. Menerusi perkongsian tersebut, Wawa turut memuat naik videonya sedang menari dengan memakai sari.

“Sembilan bulan hamil, kurang lagi sebulan nak due. Nervous nya mak buyong. Kita hiburkan hati dulu. Walaupun tadi berkejar pergi klinik perut sakit sebab contraction. Duduk dulu baby please kat dalam tu. Banyak lagi kerja pending,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian para peminatnya yang mendoakan agar proses bersalin dan kelahiran dipermudahkan.

Sebelum ini, Wawa dan Aeril sudah dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.