fbpx

“Enggan Bekerjasama Dan Terus Cetus Kekecohan”- Aliff Aziz Ditahan Polis Singapura Kerana Bergaduh Ketika Mabuk [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aliff Aziz yang baru sahaja menyepi dan pulang ke negara kelahirannya selepas bercerai dengan Bella Astillah sekali lagi menjadi isu hangat di media sosial selepas ditahan oleh pihak polis di Singapura kerana bergaduh dan menganggu ketenteraman awam ketika dalam keadaan mabuk.

Dipetik dari Mstar yang memetik Mediacorp, Aliff  di tahan di kawasan popular Orchard Road oleh Pasukan Polis Singapura(SPF) pada jam 6.40 pagi Ahad lalu.

Terdahulu tular dua video di media sosial yang memperlihatkan Aliff sedang bergelut dengan beberapa orang polis yang cuba menahannya. Ketika kejadian penyanyi berkenaan dalam masa sama juga sedang menjerit-menjerit meminta bantuan ayahnya menerusi telefon dengan mengatakan dirinya sedang dipukul.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan Aliff ditahan di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak

Aliff Aziz ditahan polis Singapura…

Aliff Aziz ditahan polis Singapura…???? berita penuh : http://bit.ly/2K4HtRa

Posted by Hoi Media on Sunday, 10 November 2019

“Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan

“Menurut polis lagi, Aliff juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menggari  tangannya. Siasan polis masih dijalankan” tulis portal itu lagi

Saksi Dedah Cerita Sebenar Aliff Aziz Ditangkap Polis

Saksi Dedah Cerita Sebenar Aliff Aziz Ditangkap Polis ???? berita penuh : http://bit.ly/2K4HtRa

Posted by Hoi Media on Sunday, 10 November 2019

Video pertama yang berdurasi seminit itu difahamkan di muat naik oleh seorang penguna Twitter @HzrqHalim manakala satu lagi video dirakam oleh seorang saksi yang menyatakan Aliff bergaduh dengan seorang lelaki sebelum dia mula menimbulkan kekacauan sehingga memaksa polis menahannya

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi di sebalik dua klip video berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.