Permaisuri Agong Penguat Semangat Siti Nurhaliza Semasa Jalani Rawatan IVF
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini berkongsi foto bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah, Beliau menyatakan baginda permaisuri adalah inspirasi buatnya sewaktu menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan cahaya mata.
“Alhamdullillah.. Semalam kenangan manis buat saya sebagai ibu yang menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan cahayamata.
Penguat semangat saya & inspirasi saya ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah .. Menjunnjung Kasih Tuanku.. Semalam , di acara perasmian bangunan baru @alphafertility .. Tahniah,” tulisnya.
Menerusi ruang komen, pelawak Achey turut menyatakan harapan untuk turut terlibat sama.
“Macam nak terlibat…InsyaAllah,” tulisnya.
Siti antara selebriti yang berjaya mendapatkan rezeki zuriat menerusi rawatan kesuburan selepas 12 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Tok Ti