‘Bermula Dengan Niat Yang Baik Namun Jadi Kontroversi’ – Sharifah Sakinah Minta Maaf Isu Bawa Anak Tahfiz Ke Wayang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini sewaktu sambutan Maulidur Rasul, pelakon Sharifah Sakinah dikecam oleh segelintir netizen selepas memuat naik perkongsian membawa pelajar-pelajar tahfiz menonton wayang filem bergenre seram, Pusaka bersama dengannya.
Sakinah juga difahamkan turut membawa kumpulan pelajar tahfiz itu untuk menikmati makanan segera yang terletak berdekatan dengan panggung wayang berkenaan.
Baca artikel berkaitan: Sharifah Sakinah Respon Kecaman Membawa Anak Tahfiz Tengok Wayang
Terbaharu, Sakinah membuat permohonan maaf kepada semua mereka yang terasa dengan tindakannya itu.
Walaupun masih ramai yang menyokong dan memuji niat murni Sakinah membawa pelajar tahfiz berjalan dan menjamu mereka, Sakinah tetap membuat permohonan maaf bagi meredakan keadaan.
“Pertama sekali, lansung tiada niat di hati saya untuk melukakan hati mana-mana pihak atas tindakan saya membawa pelajar tahfiz menonton wayang. Kalau anda tanya apa yang berada di kepala saya, pertama sekali saya hanya ingin menyokong filem tempatan namun membeli satu atau dua tiket tidak begitu membantu .
“Jadi saya terfikir untuk membeli tiket lebih dan membawa lebih ramai penonton, mungkin anak yatim ataupun pelajar tahfiz, mungkin dapat menghiburkan mereka pada hujung minggu” – Sharifah Sakinah
Hajatnya untuk membawa salah satu dari kumpulan tersebut untuk keluar makan dan menonton wayang tercapai selepas mendapat kebenaran dari sekolah tahfiz, yang menguruskan pelajar-pelajar tersebut.
“Saya kemudian diberi lampu hijau oleh sekolah tahfiz. Rancangannya adalah membawa mereka menikmati tengahari dengan menonton wayang, makan di luar dan dalam masa sama dapat membeli banyak tiket bagi menyokong filem tempatan yang berkualiti tinggi”
Tambahnya lagi kumpulan pelajar tahfiz tersebut suka dengan cerita terbabit malah merasakan ianya relevan lebih-lebih lagi ia berkait rapat dengan islam dan perkara-perkara ghaib.
“Anak-anak tersebut suka dengan cerita tersebut, mereka juga merasakannya yang ianya releven. Pusaka adalah cerita seram yang berkait rapat dengan agama dan jin, ada mesejnya di situ.
“Saya tidak menyangka ia mendapat reaksi negatif dan mencetus kemarahan orang ramai. Saya memohon maaf sekiranya ada melukakan hati sesiapa. Ia bermula dengan niat yang baik namun bertukar menjadi satu kontroversi. Saya memohon maaf,” tulis Sakinah lagi.