fbpx
Now Reading
Cemburu Dengan Pelakon Bollywood, Suami Bunuh Isteri Sebelum Gantung Diri

Cemburu Dengan Pelakon Bollywood, Suami Bunuh Isteri Sebelum Gantung Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat cemburu terhadap minat pasangannya dengan seorang aktor Bollywood, seorang lelaki menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara-gara

Donne Dojoy, 27, dari Queens, Amerika Syarikat dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai Hrithik Roshan hingga menyebabkan suaminya Dineshwar Budhidat, 33, cemburu dan berang.

“Donne memberitahu, setiap kali dia menonton filem atau mendengar lagu Hrithik Roshan di rumah, suaminya akan menjadi cemburu,” kata rakan mangsa Mala Ramdhani.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Dojoy singgah di apartmen suaminya untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama sebelum pergi bekerja.

Namun, sumber polis berkata sekitar jam 7.30 petang (waktu tempatan), Budhidat menghantar pesanan kepada adik isterinya mengatakan dia telah membunuh mangsa dan memberitahu kunci apartmennya berada di bawah pasu.

Budhidat kemudian meninggalkan mayat isterinya yang ditikam lalu menggantung diri di sebuah pokok yang di padang berhampiran rumahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.