fbpx
Now Reading
[VIDEO] “Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya…” – Aliff Aziz

[VIDEO] “Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya…” – Aliff Aziz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/hafiza.aziz/videos/10157311428859713/

“Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar,” kata penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz mengenai penahanannya yang didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk di Singapura, Ahad lalu.

Aliff, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Alif Aziz berkata demikian menerusi rakaman video yang dimuat naik ibunya, S Hafiza Basharahil di Facebook hari ini.

Menerusi video itu, Aliff berkata, insiden yang menimpa dirinya itu begitu berat secara spiritual dan mental.

“Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup,” katanya.

Dalam masa sama, Aliff berkata, dia berterima kasih kepada semua yang menghantar mesej terus (DM) di Instagram yang mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Saya ada juga terima DM yang sangat ambil berat. Dari lubuk hati yang dalam, saya nak ucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang baik hati. Teruskan berdoa yang baik-baik.

“Tahun ini saya sudah lalui banyak perkara dan cabaran. Saya berharap akan lebih kuat dengan adanya sokongan daripada keluarga, ayah, adik dan umi,” katanya.

Mererusi video itu juga, ibunya sempat bertanya pendapat apabila dirinya dikatakan seperti kanak-kanak kerana menjerit dan memanggil nama bapanya.

“Apa pun yang terjadi, malah jika umur saya 40 atau 50 tahun sekali pun dan jika ayah masih hidup, saya akan tetap memanggilnya,” katanya.

Dalam video itu, S Hafiza turut menasihati Aliff supaya sentiasa belajar daripada kesilapan dan teruskan kehidupan yang lebih baik.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan yang memetik laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road, Ahad lalu.

BACA : https://www.buzzkini.com/hiburan/2019/11/11/aliff-aziz-sudah-dibebaskan-ibunya-berterima-kasih-kepada-semua-yang-mendoakan/

Sebelumnya, dua video tular menunjukkan Aliff bergelut dengan anggota polis di kawasan Orchard Road dan dikatakan mabuk ketika itu.

https://www.facebook.com/watch/?v=1006330276374185

Menerusi video terbabit, Aliff dikatakan cuba menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.