Now Reading
Adira Tarik Balik Permohonan Cerai Terhadap Datuk Red?

Adira Tarik Balik Permohonan Cerai Terhadap Datuk Red?

Sebelum ini kecoh dunia hiburan apabila penyanyi Adira Suhaimi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, usahawan Dato Red atau nama betulnya Datuk Seri Adnan Abu.

Datuk Red bagaimapun membantah permohonan cerai Adira itu dan memohon melalui peguamnya agar prosiding ditangguhkan bagi membuat semakan kehakiman di Makhamah Tinggi Shah Alam berhubung Hakam keluarga.

Baca artikel berkaitan : Datuk Red Tolak Permohonan Cerai Adira

Terbaru Datuk Red melalui posting di  Instagramnya telah berkongsi satu paparan skrin perbualan whatsapp di antara Adira dan seorang individu bernama ‘Fira’ yang di percayai peguam syarie, Siti Nur Zafirah yang mewakili Adira .

“Alhamdulillah.. Adira nak tarik balik perceraian itu, Adira rasa untuk anak-anak, Adira tak nak bercerai. Terima kasih Fira,” tulis pada paparan skrin tersebut

Walau bagaimapun setakat ini Adira atau peguamnya belum membuat apa-apa pengesahan rasmi mengenai perkara ini. Jika benar Alhamdulillah buat mereka, semoga hubungan mereka kembali pulih seperti sediakala. Jika ada kelemahan dari mana-mana pihak , sama-samalah membetulkannya demi keharmonian rumah tangga .

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.