fbpx
Now Reading
Niat Murni Chef Wan Disalah Anggap, Ini Jawapan Dari Beliau

Niat Murni Chef Wan Disalah Anggap, Ini Jawapan Dari Beliau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B4wbZGfAz9t/https://www.instagram.com/p/B4yTWabAK1f/

Cef selebriti terkemuka Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan membuat satu luahan di Instagram miliknya. Beliau mendedahkan bahawa terdapat pihak yang berasa kurang senang dengan tindakannya berkongsi gambar wajah pesakit kanak-kanak ketika membuat lawatan di wad Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur semalam.

Malah ada yang menganggap perbuatan beliau hanyalah untuk meraih publisiti. Mesej tersebut diterima melalui Direct Message ke akaun Instagram beliau.

Bagaimanapun, Chef Wan menjelaskan tindakannya untuk berkongsi gambar pesakit di Instagram itu sudah dimaklumkan terlebih dulu kepada penjaga dan pihak hospital.

“Tak ada langsung teringat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk menjadikan diri saya nampak baik atau glamor.

“Bahkan, apabila saya memberitahu sebahagian ibu bapa dan jururawat yang saya akan post gambar mereka, mereka teruja kerana saya akan kongsikan kesedihan dan kesunyian mereka di hospital,” tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Chef Wan meluahkan hal tersebut selepas terdapat individu yang menegur tindakannya itu yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap pesakit.

Begitupun, katanya, dia sedar, dalam setiap tindakan yang dilakukan pasti ada sahaja manusia yang akan cuba menghukum dan melihat sesuatu dari sudut negatif.

“Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada, akan ingat yang bukan-bukan.

“Tak boleh ke dia melihat apa yang kami cuba lakukan adalah satu bentuk kebaikan yang datang ikhlas daripada kami semua untuk memberi senyuman kepada mereka,” tulisnya.

Terdahulu, Chef Wan mengadakan kunjungan selama empat jam ke wad kanak-kanak PPUKM bagi menghulurkan sumbangan yang diperoleh menerusi satu kutipan dana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.