Now Reading
Aliff Aziz Kongsi Kata-Kata Deep di Instagram, Ditujukan Kepada Yang Suka Mengumpat?

Aliff Aziz Kongsi Kata-Kata Deep di Instagram, Ditujukan Kepada Yang Suka Mengumpat?

https://www.instagram.com/p/B4zMIYhgOkl/

Nama Aliff Aziz baru-baru ini kembali hangat apabila tersebar video dia ditahan polis di Singapura dan dikatakan sedang mabuk. Sebelum ini nama beliat terpalit dengankontroversi kisah cerai dan curang dengan bekas isterinya Bella Astillah.

Dalam kejadian itu, bekas suami kepada Bella Astillah itu ditangkap pihak polis, didakwa dalam keadaan mabuk dan telah mengganggu ketenteraman orang awam.

Aliff baru-baru ini menerusi IG story miliknya, telah berkongsi satu hantaran mengenai balasan atas sikap orang yang suka mengumpat dan mengata.

Posting di Insta Story tersebut seakan berkait rapat dengan apa yang sedang berlaku terhadapnya, apabila dikecam hebat oleh orang ramai berikutan daripada kes kontroversi tersebut, sehingga pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, selepas daripada isu tersebut Aliff telah memuat naik sekeping foto bersama anaknya, Ayden, tanpa meletakan sebarang kaspyen telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata menasihatkan Aliff untuk menjadi ayah yang baik dan berubah.


© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.