fbpx
Now Reading
“Ini sebahagian dari sedekah kecil saya” -Diana Rafar Tak Kisah Buat ‘Review’ Makanan Percuma

“Ini sebahagian dari sedekah kecil saya” -Diana Rafar Tak Kisah Buat ‘Review’ Makanan Percuma

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi dan pelakon, Diana Rafar mengakui puas apabila dapat membuat ‘review’ makanan secara jujur tanpa berselindung demi menjaga hati peniaga dan tidak mengenakan caj.

Tindakan Diana itu mendapat pujian ramai selepas dia memuat naik video makan di sebuah restoran di TTDI Jaya, Shah Alam hingga tular dan menjadi sebutan ramai.

“Pada mulanya, suami, Zamarul yang pergi makan dulu di Restoran tersebut. Saya tengok saja daripada Instagram (IG). Disebabkan teringin, saya pergi sendiri.

“Saya buat dengan niat yang ikhlas untuk bantu peniaga Melayu. Dalam masa sama, pengikut di IG boleh datang dan cuba sendiri,” katanya.

Diana berkata, sejak itu dia menjadikan restoran berkenaan sebagai pilihannya bersama keluarga.

“Boleh dikatakan setiap hari saya pergi makan situ. Setiap kali makan, saya akan buat ‘review’. Apa yang menarik, setiap menu diberi nama pelik. Sedikit sebanyak ia menarik perhatian saya.

“Saya tahu orang kita kalau bab makan dan menu itu nama pelik sikit, pasti ramai nak cuba. Alhamdulillah, ramai yang memberikan maklum balas di IG.

“Lebih menggembirakan saya apabila pemilik restoran memaklumkan pendapatan mencecah lebih RM20,000 sehari. Saya puas apabila dapat buat ini kerana bukan saja dapat berkongsi makanan yang sedap, tapi dalam masa sama ini sebahagian daripada sedekah kecil saya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.