fbpx
Now Reading
“Saya Bukanlah Seorang Penyanyi Rock” – Kecik Umum Keluar Dari Band Kristal

“Saya Bukanlah Seorang Penyanyi Rock” – Kecik Umum Keluar Dari Band Kristal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setahun menjadi vokalis kumpulan kristal, kecik akhirnya mebuat pengumuman keluar secara rasmi dari kumpulan rock berkenaan dan ingin kembali solo.

Kecik melalui posting di Instagram turut menerangkan pengundurannya dari Kristal telah mendapat persetujuan dari semua anggota lain.

“Assalamualaikum, Hari ni saya nak bagitau yang saya dah keluar secara rasmi daripada kumpulan kristal dan bergerak secara solo semula. Keputusan ini dibuat dari pihak saya dan pihak kristal sendiri.

“Faktor utama saya keluar dari Kristal adalah saya rasa saya tak boleh galas tanggungjawab sebagai lead vocal untuk kumpulan kristal. Saya tak nak kristal jatuh merudum disebabkan saya.

Kecik yang sebelum ini pernah bersama kumpulan Hyper Act turut memaklumkan punca dia mengundur diri dari Kristal adalah kerana jiwa dan minatnya bukan lagi pada genre rock.

“Mungkin saya masih lagi mencari cari jiwa saya. Saya bukanlah seorang penyanyi rock. Saya potong rambut pun bukan disebabkan nak tunjuk saya give up. Cuma saya nak bagitau jiwa saya dah tak ada kat situ.

Kecik sewaktu bersama Kristal. Foto Yotube Kristal

“ Saya memohon maaf kepada semua ahli-ahli Kristal dan pihak-pihak syarikat yang selama ini banyak membantu saya.

“Insha-ALLAH saya akan aktif semula sebagai penyanyi solo atau berkumpulan selepas ini jika diberi peluang oleh industri muzik yang saya cintai,”  tulisnya sebagai kapsyen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.