2 Budak Tercampak Keluar Kereta Sewaktu Kemalangan, Ini Sebab Pentingnya Pakai Tali Pinggang Belakang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tular di laman sosial sejak ahad lalu video dua kanak-kanak tercampak keluar daripada kereta yang mereka naiki selepas kenderaan tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang hilang kawalan
Video berdurasi 36 saat yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Aman Shah memperlihatkan sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna merah yang berada di lorong kanan lebuhraya tiba-tiba gagal dikawal difahamkan kerana tayar keretanya yang pecah.
Kenderaan itu kemudiannya terbabas ke lorong di sebelah kirinya sebelum merempuh sebuah kereta berwarna hitam yang berada di lorong berkenaan. Impak yang kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing dan menghentam penghadang jalanraya
Hentaman itu menyebabkan dua penumpang belakang kereta hitam terbabit tercampak keluar dari kenderaan hitam tersebut.
Kejadian ini mungkin dapat dielakkan sekiranya kedua mereka memakai tali pinggang di belakang. Malah rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut bercakap benda yang sama.
Kami di Buzzkini mendoakan semoga kedua-dua adik itu tidak mengalami kecederaan yang teruk dan sembuh dengan kadar segera.