Now Reading
Fizz Fairuz Tiada ‘Job’ Hampir Tiga Bulan Selepas Menang Anugerah?

Fizz Fairuz Tiada ‘Job’ Hampir Tiga Bulan Selepas Menang Anugerah?

https://www.instagram.com/p/B4b4n-RJ6-5/

Baru saja Datuk Fizz Fairuz  memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019, isterinya Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya, sudah hampir tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon.

Perkara itu ditulis oleh Almy menerusi Instagram miliknyadi caption beserta gambar suaminya. Menurut Almy mungkin ada pihak produksi menyangkakan suaminya terlalu sibuk dan beranggapan Fizz meletakkan bayaran mahal selepas menang anugerah.

“Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk! Sedangkan dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting,” tulisnya.

Perkongsian Almy itu turut mendapat perhatian netizen termasuk pelakon Nad Zainal yang meninggalkan komen seakan memahami situasi mereka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengatakan rugi jika pihak produksi tidak mengambil Fizz berlakon kerana beliau seorang yang berbakat besar.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.