fbpx
Now Reading
Lufya Omar Keliru Suami Enggan Bercerai

Lufya Omar Keliru Suami Enggan Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut rumahtangga Lufya Omar nampaknya semakin berpanjangan, semalam,suaminya Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari

Dipetik dari Harian Metro, Lufya sendiri turut terkejut dengan tindakan suaminya yang menolak untuk bercerai sedangkan difahamkan sebelum ini Che telah mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi Whatsapp.

“Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media.

“Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya,” katanya kepada portal berkenaan.

Foto : Instagram

Che Hafiz yang ditemui turut enggan mengulas lanjut mengenai pendiriannya namun dia mengatakan tidak akan mengabaikan tanggungjawab nya sebagai seorang bapa

“Saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam menasihati saya supaya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah,” katanya.

“Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya,” katanya.

Pasangan ini kemudiannya diperintahkan untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai berhubung keengganan Che melepaskan Lufya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.