Now Reading
“Saya akan lawan hingga nafas terakhir…” – Luahan Shaarnaz Ahmad Untuk Anak Buat Netizen Sebak

“Saya akan lawan hingga nafas terakhir…” – Luahan Shaarnaz Ahmad Untuk Anak Buat Netizen Sebak

https://www.instagram.com/p/B4-Dj7BB0eG/

Semestinya hati seorang bapa akan sedih jika dipisahkan dengan anak. Mungkin ini yang dialami oleh pelakon Sharnaaz Ahmad apabila dia meluahkan perasaan berhubung kemelut dan situasi yang sedang dialami bersama anaknya Jebat Jayden.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya baru-baru ini.


Menurut Sharnaaz, perkara yang tidak boleh diubah pada masa lalu adalah perkahwinannya.

“Namun perkara yang boleh diubah adalah kamu wahai anakku. Saya hanyalah pelawat seperti mana mereka minta.

“Tetapi saya akan lawan hingga nafas terakhir,” katanya.

Tambahnya lagi, tidak sebesar zarah mereka itu penting untuk antara dia dan anaknya.

“Jangan lupakan ayah anakku Jebat Jayden,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen simpati dengan luahan pelakon tersebut.

Malah rakan Shaarnaz yang juga seorang pelakon, Ammar Alfian turut mengalami keadaan yang sama dengan rakannya.

Kebanyakan mereka mendoakan yang terbaik untuk urusan Sharnaaz dan keluarganya.

Untuk rekod, pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.