Now Reading
Anggota Polis Tiada Hak Periksa Telefon Orang Awam Sesuka Hati

Anggota Polis Tiada Hak Periksa Telefon Orang Awam Sesuka Hati

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat telah disalah ertikan sehingga menyebabkan kekeliruan pada orang ramai yang pihak polis berhak memeriksa telefon orang awam tanpa waran dan juga secara rambang.

Namun hari ini, pihak Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara berkenaan

Dari kenyataan tersebut, pihak polis hanya boleh meminta untuk memeriksa telefon pintar mereka yang disyaki terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan kepada orang awam secara rambang

Ia hanya dilakukan apabila individu yang disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-udang seperti dalam kenyataan di atas.

Perkara ini turut mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

See Also

Dipetik dari Sinar Harian, beliau memaklumkan bahawa pihak polis tak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefom bimbit orang awam melainkan jika ia dikaitkan dengan siasata terhadap orang tersebut.

“Harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya,” kata nya lagi.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.