fbpx
Now Reading
Berkat Doa dan Air Mata Ibu Bantu Sapawi Rasid Tewaskan Indonesia

Berkat Doa dan Air Mata Ibu Bantu Sapawi Rasid Tewaskan Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B45GhFYFje3/

Malaysia memperoleh kemenangan pada malam tadi setelah berjaya menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun terdapat beberapa insiden yang berlaku kepada penyokong, namun pasukan Malaysia tetap mengaum dengan permainan yang begitu cantik.

Dua gol kemenangan hasil rembatan kencang kaki kiri Safawi Rasid pada minit ke-29 dan 72 menjadi tumpuan pada malam tadi.

Netizen beranggapan kejayaan beliau adalah hasil doa dan air mata ibunya yang menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaan anak kebangganya.

Pada beberapa hari yang lalu, menerusi Instagram Safawi, beliau memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan ibunya mengucapkan rasa syukur setelah Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.

Dengan linangan air mata, ibunya turut mendoakan supaya Safawi dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.

”Alhamdullillah anak ma dapat anugerah yang terbaik.. ma bersyukur sangat pada Allah.. semoga buat yang terbaik insyaAllah..” kata ibunya.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen di posting turut berkenaan menzahirkan rasa terharu mereka. Ramai yang tidak dapat menahan sebak dan menyatakan kemenangan Safawi adalah hasil dari berkat doa seorang ibu.

Sumber : Instagram safawirasid29

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.