fbpx
Now Reading
Demi Wang Sanggup Hamil Dengan Curi Kondom Terpakai Milik Jutawan Muda

Demi Wang Sanggup Hamil Dengan Curi Kondom Terpakai Milik Jutawan Muda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benar kata orang, demi wang ringgit manusia sanggup melakukan apa sahaja. Walau perkara tersebut salah namun demi kehidupan mewah pasti ada yang sanggup menutup sebelah mata.

Namun kisah ini agak pelik, apabila seorang pekerja sebuah hotel di Vegas sanggup mengambil kondom terpakai milik seorang jutawan muda tanpa pengetahuannya semata-mata untuk menikmati wang mudah ; menghamilkan anak jutawan tersebut.

 Malah wanita itu, Jane, 40 tahun turut memenangi kes pembiayaan anak terhadap jutawan tersebut, 28 tahun yang langsung tidak mengenali siapa dirinya apatah lagi tidur bersamanya.

Ketika kejadian Jane yang berumur 36 tahun telah mengambil kondom terpakai dari tong sampah yang berada didalam bilik hotel lelaki terbabit lalu memasukkan sisa air mani dari kondom tersebut ke dalam kemaluannya. Jane kemudiannya hamil seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.

Apa yang menariknya ketika perbiracaaan Jane mengakui tidak pernah melakukan hubungan seksual dengan jutawan teknologi terbabit dan dia mengambil keputusan untuk hamil selepas ternampak penyata bank milik lelaki berkenaan di tinggalkan di atas meja.

Dia tinggalkan ‘penyata bank’ pada lampu bilik dalam hotelnya ketika saya sedang melakukan pembersihan. Ketika itu saya begitu inginkan seorang anak , saya rasa lebih baik kalau saya ada anak kepada seorang lelaki kaya – Jane

Mahkamah akhirnya mengarahkan jutawan  terbabit untuk membayar Jane sebanyak USD 2 Juta selepas mereka berjaya mengesahkan dia adalah bapa kepada anak tersebut hasil ujian DNA.

Peguam jutawan itu bagaimanapun dikatakan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jane kerana telah mencuri bendalir badan milik kliennya tanpa izin .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.