Now Reading
“Tak salah kalau takde 6A letak kat IG” – Sharifah Shahirah Bangga Tayang Keputusan UPSR Anak

“Tak salah kalau takde 6A letak kat IG” – Sharifah Shahirah Bangga Tayang Keputusan UPSR Anak

Umum mengetahui semalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Rata-rata ada ibu bapa yang bangga dengan keputusan anak mereka tambahan jika mendapat keputusan yang cemerlang.

Namun lain pula dengan keputusan anak pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira. Muat naik gambar di Instagram beliau menjadi perhatian ramai. Beliau tetap bangga dengan anaknya, Airra, meskipun subjek Bahasa Melayu hampir gagal dan hanya memperoleh keputusan 2A sahaja.

Shiera berkata lagi, tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana bukan hanya keputusan cemerlang sahaja yang layak dikongsikan di media sosial. Dalam pada itu, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang mendapat keputusan cemerlang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dan memuji tindakan Sheira itu kerana tetap menghargai apa sahaja keputusan yang diperolehi anaknya itu.

See Also

Malah, netizen turut memberikan kata semangat kepada anaknya untuk berusaha lebih gigih di masa hadapan kerana masih jauh lagi perjalanan.  Apa pun tindakan Sharifah Shahira patut dijadikan contoh buat ibu bapa lain supaya sentiasa memberikan sokongan kepada anak dalam apa jua keadaan.


© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.