Now Reading
Hanya Habiskan RM 2,000 Untuk Kulit Sebulan, Ruhainies Dedah Rahsia Kekal Cantik

Hanya Habiskan RM 2,000 Untuk Kulit Sebulan, Ruhainies Dedah Rahsia Kekal Cantik

https://www.instagram.com/p/B3_TpqiJfd8/

Mempunyai rupa paras yang cantik dan berkulit putih, pasti ramai yang cemburukan pakej lengkap yang dimiliki oleh Ruhainies. Sebagai selebriti, sudah tentu akan berbelanja mahal untuk tampil sentiasa cantik.

Pasti ada diantara anda yang ingin mengetahui rahsia kecantikan beliau. Ruhainies ada mendedahkan rahsia dan tips untuk kekal cantik.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/10/23/konsep-saya-mudah-saja-kalau-yakin-boleh-dapat-cubalah-ruhainies-kepada-invididu-cuba-pikat-kekasihnya/

Ruhainies berkata dia tidak menggunakan produk mahal untuk penjagaan kulit wajah. Kata Ruhainies, dalam sebulan dia menghabiskan hampir RM2,000 untuk penjagaan badan dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Saya tak pakai produk mahal pun untuk menjaga kulit. Pemikiran kebanyakan orang pakai produk mahal baru kulit cantik.

“Alhamdulillah, kulit saya tak perlukan produk mahal untuk kekal sihat dan tak bermasalah. Produk saya gunakan pun biasa-biasa saja. Saya peruntukan kurang RM2,000 sebulan untuk keseluruhan penjagaan badan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu dia tidak mempunyai tip tertantu dalam kecantikan dan kekal langsing. Ujarnya, dia hanya berenang untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan beruntung mempunyai metabolisma tinggi.

“Setiap minggu saya luangkan masa sekali pergi urut dan spa. Selain itu saya berenang untuk kesihatan dalaman. Saya memang tak pergi gimnasium.

See Also

“Untuk kekal langsing saya tidak ada tip. Saya beruntung sebab metabolisma tinggi. Jadi, kalau makan nasi jam 2 ke 3 pagi pun, saya okay. Saya tak kawal sangat.

“Orang kata apabila sampai satu tahap umur tahap metabolisma makin turun dan badan akan cepat naik. Waktu itu baru saya akan jaga. Buat masa sekarang nak nikmati apa saja makanan,” katanya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.