“Mungkin dia sibuk” – Lufya Omar Jawab Kenapa Suami Tak Datang Majlis Hari Jadi Anak

Meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga, Lufya Omar memberitahu dia tetap mengundang suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz ke majlis sambutan hari lahir anak mereka, Laana Haura pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Lufya berkata suaminya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kemungkinan sibuk bekerja. Jelasnya lagi, dia tidak sesekali akan ketepikan status Che Hafiz sebagai bapa kepada anak mereka.

“Saya ada ajak tapi dia kata tak boleh datang, mungkin dia sibuk. Saya dah berusaha untuk ajak dia walaupun kami ada masalah yang agak serius.

“Bila saya fikirkan, tak apa mengalah bukan bererti kalah. Kalau saya mulakan buat sesuatu kebaikan, InsyaAllah akan jadi kebaikan nanti.

“Apa saya lakukan demi anak dan Allah SWT. Kiranya, saya tak nak tepikan dia sebagai bapa. Kalau nak ikutkan sakit hati dan masalah hadap, pada saya tak apa la,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan apabila suaminya, Che Hafiz enggan menceraikannya. Malah, Lufya turut terkejut kerana sebelum ini suaminya mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago