fbpx
Now Reading
“Dah nak 2020, tapi bajet drama televisyen masih puaka” – Tony Eusoff

“Dah nak 2020, tapi bajet drama televisyen masih puaka” – Tony Eusoff

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasa kesal terhadap tindakan produksi sebuah drama yang menawarkan harga tidak masuk akal kepadanya, pelakon Tony Eusoff mendedahkan paparan skrin perbualan  bersama wakil produksi drama yang mahukannya berlakon sebanyak 11 babak dalam masa dua hari.

“Dah nak 2020 dah tapi bajet drama televisyen masih puaka,” luahnya pada kapsyen foto terbabit.

Tony turut meluahkan rasa tidak puas hati ditawarkan bajet sedemikian dalam perbualan tersebut.

“Itu bajet zaman Sultan Melaka ke apa. Kalau macam tu sila cuba tempat lainlah. Rendah daripada itu baik menjaja je,” tulis Tony.

View image on Twitter

Biarpun tidak mendedahkan jumlah sebenar tawaran berlakon drama itu namun ada yang meneka bajet yang ditawarkan sekitar RM500 untuk dua hari.

Perkongsian itu turut menarik perhatian peminatnya yang berasa tersinggung dengan nilai yang ditawarkan kepada pelakon filem Sepi itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.