Now Reading
Ini Cerita Disebalik Kejayaan Susu Farm Fresh Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Ini Cerita Disebalik Kejayaan Susu Farm Fresh Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

=68.ARB77xM6GiTKlHKVQJZLs7v-HwtJLSMrAU-WI1zRw4oeWXcZb2BNR9Fod4xqMDJy1flHd1wnpYd4hw9sYz3jnCWZPegXsNUB74tLLb-g-Uw41n_0pvnuHaK5-omQW8R_fgrWfoYmKgz6IwameU3dk9Ve20EurZsazZ6Hy0ZxLE7et4j40t7-sLulIXw3QRAAPpoTVGBQHpg7gslB2DjSBEZ8tq9KgFWhUZikXf-av-WjBkpCpyLKpwMMmI4XhLBBvYFF&__tn__=-R"]https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2603726629663281&set=pcb.2603802099655734&type=3&theater

Sebut saja susu Farm Fresh, mesti anda tertanya-tanya dari mana asalnya susu ini dan siapa pemilik jenama susu tempatan ini? Rasa dan kesegaran susu Farm Fresh sangat berbeza dengan susu lain kan?

Kalau anda nak tahu, pemilik produk tenusu Farm Fresh ini adalah seorang lelaki yang bernama Encik Azmi Zainal yang bermula dengan kisah yang susah dan kini berjaya memasarkan susu ini ke serata Malaysia.

Kisah beliau bermula 10 tahun dahulu. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh pengasas produk tenusu terkenal di Malaysia ini iaitu Farm Fresh sehingga akhirnya berjaya dikenali ramai seperti sekarang.

Menerusi laman Facebook peribadi, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal ada berkongsi mengenai kisah perjalanan beliau sebagai seorang usahawan yang memulakan perniagan secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut perkongsian tersebut, beliau bermula dengan hanya 60 ekor lembu sebagai permulaan dengan membeli susu dari penternak dan menghantar stok ke seluruh negara menggunakan bas ekspres sahaja.

Tulisnya lagi, beliau turut melakukan jualan ke kedai-kedai runcit ketika mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Malah, di sebelah petang, beliau akan menjual susunya itu di tapak pasar malam dan pasar tani.

Beliau juga ada memuat naik sebuah kereta kancil berwarna merah kepunyaannya yang digunakan untuk membawa produk susu beliau untuk dijual.

See Also

Kesusahan yang dihadapi tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha walaupun sering ditertawa dan diperlekehkan oleh orang sekeliling.

Melalui pengalaman yang sukar dahulu membuatkan beliau mengambil inisiatif untuk menjadi penaja utama program realiti nyanyian Gegar Vaganza dan melakukan sumbangan untuk penggiat seni yang kurang bernasib baik.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat orang ramai untuk terus mengejar impian masing-masing.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.