fbpx
Now Reading
Nazim Othman Terkilan Nyanyiannya Selalu Dikecam

Nazim Othman Terkilan Nyanyiannya Selalu Dikecam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5XvJhyAUJl/

Seperti yang ramai tahu, Nazim Othman dikenali sebagai seorang pelakon namun dia juga meminati bidang nyanyian selepas sering berkongsikan video nyanyiannya bersama pelakon Fatin Afeefa. Malah, baru-baru ini Nazim ada memuat naik video berduet dengan penyanyi berbakat besar, Idayu menyanyikan lagu ‘Timeless’.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nazim meluahkan rasa terkilan dan penat apabila suaranya sering dikecam netizen meskipun dia sangat suka menyanyi.

Nazim turut bertanyakan kepada netizen bagaimana untuk merdukan suara serta meminta pertolongan daripada penyanyi Ernie Zakri. Luahannya itu mendapat perhatian Ernie yang memberikannya sokongan untuk teruskan minatnya dalam nyanyian.

Malah, Ernie turut mengajak Nazim untuk belajar vokal dengannya. Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat kepada Nazim serta memuji Nazim memiliki suara yang sedap.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.