fbpx
Now Reading
Pesta di Tengah Jalan, Merempit dan Merokok, Cara Pelajar Rai Kertas Akhir SPM

Pesta di Tengah Jalan, Merempit dan Merokok, Cara Pelajar Rai Kertas Akhir SPM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kegembiraan selepas habis SPM tak dapat digambarkan oleh semua orang yang pernah mengalaminya, tetapi semalam, kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal secara melulu.

Difahamkan kegiatan pelajar tersebut adalah bagi meraikan kejayaan mereka selepas menduduki kertas terakhir SPM semalam.

Video yang memaparkan aktiviti tidak bermoral tersebut viral di media sosial dan mendapat pelbagai pandangan daripada netizen.

Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir. Bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, malah kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa ‘beralah’ memberi laluan kepada mereka.

Selain merakam aksi-aksi ngeri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Hassan Basri Yahya ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bertindak atas aduan, pihaknya mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar lepasan SPM itu atas pelbagai kesalahan.

Satu video selepas serbuan dibuat juga dimuat naik oleh warga Twitter.

Antaranya termasuk tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.

Jelasnya, kesemua kesalahan itu masing-masing 15 di Klebang dan dua di bandaraya Melaka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.