fbpx
Now Reading
Sharifah Sakinah Tak Mahu Jawab Kenapa Botakkan Rambut Anak, Mahu Biarkan Netizen Berspekulasi

Sharifah Sakinah Tak Mahu Jawab Kenapa Botakkan Rambut Anak, Mahu Biarkan Netizen Berspekulasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5cz9pch6MR/

Mengenakan gaya rambut botak untuk lelaki dilihat sebagai perkara biasa, namun lain pula pandangan orang lain jika perempuan mengenakana gaya rambut botak.

Jika menjengah ke laman Instagram pelakon Sharifah Sakinah, pasti ramai yang perasan dengan imej terbaru anak perempuannya bernama Anais, yang sudah tidak berambut.

Nampaknya tindakan pelakon tersebut telah membotakkan rambut anak perempuannya, mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi muat naik terbaru pelakon itu, mendedahkan bahawa ramai yang sudah mula membuat pelbagai andaian dan spekulasi mengenai tindakannya membotakan rambut Anais.

Belum mahu lagi menjelaskan alasan dia membotakan rambut anaknya, Sharifah Sakinah hanya membiarkan sahaja para netizen membuat spekulasi.

Di ruangan komen, ramai juga yang mengangak rambut Anais dibotakkan agar rambut baru yang akan tumbuh lebih cantik dan lebat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.