fbpx
Now Reading
“Da’i Farhan Sudah Menceraikan Isteri Pertamanya.. ” – Dakwa Seorang Peguam

“Da’i Farhan Sudah Menceraikan Isteri Pertamanya.. ” – Dakwa Seorang Peguam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/2760486964013424

Kisah Da’i Farhan hangat diperkatakan selepas pendakwah itu berkahwin dengan seorang ibu anak lapan anak lapan. Namun kisah pendakwah ini tidak berhenti di situ sahaja.

Dai Farhan dan Isteri Keduanya

Terbaru, viral di media sosial pendedahan seorang peguam, Asiah Abd Jalil yang mendakwa dia mendapat perkhabaran yang benar-benar mengejutkan semua orang mengenai Juara Da’i Musim Ke 2 tersebut

Lafaz melalui Whatsapp

Asiah Abd Jalil, mendakwa Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya Fatin dengan talak satu. Malah Asiah turut mendakwa yang Fatin yang sedang berbadan dua diceraikan melalui Voice Note dari aplikasi Whatsapp.

Dai Farhan Cerai
Pendedahan oleh peguam, Asiah Abd Jalil yang mendakwa Dai Farhan Cerai

Dakwa Asiah lagi, alasan perceraian mereka berpunca dari dakwaan Fatin yang nusyuz dan telah memfitnah suaminya. Dia turut menyatakan telah mendenar voice note lafaz cerai tersebut.

Tiada update terkini dari Da’i Farhan dan Fatin

Kesahihan berita ini bagaimapun belum boleh dibuktikan malah tinjauan di laman sosial milik Farhan ataupun Fatin masih tidak menemukan apa-apa yang mengesahkan status yang dimuat naik oleh peguam tersebut.

Terdahulu, Dai’e Farhan teruk dikecam kerana mendedahkan dia pernah menolak 18 wanita yang ingin mengajaknya berkahwin.

Baca artikel berkaitan : Da’i Farhan Tolak 18 Wanita Ingin Jadi Isteri Kedua

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.