
Isu ‘False Advertising’ Susu Pisang Nilofa, Dr Amalina Ingin Penjelasan Daripada Neelofa
Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa mencetuskan fenomena baru selepas menjual tudung apabila dia kini menjual Susu Pisang yang diberi nama Nilofa.
Trending di media sosial apabila susu tersebut dikatakan telah terkenal di Korea dan kini semakin dipersoalkan kerana produk ini dikatakan mampu merawat dan mengurangkan beberapa jenis penyakit.
Menurut iklan di lama sosial, dikatakan mampu untuk mengurangkan obesiti dan memberikan khasiat-khasiat yang tidak tepat untuk pengguna.

Image via Nilofa HQ
Bukan setakat itu sahaja, susu pisang tersebut juga telah diperkatakan mempunyai pelbagai khasiat yang tidak tepat. Antaranya adalah ia mampu untuk mengurangkan obesiti, membantu merendahkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kadar metabolisma, membuang toksik dari dalam badan dan sebagainya.
Rata-rata menganggap bahawa setiap apa yang diiklankan itu adalah palsu kerana menurut mereka, tidak mungkinlah produk susu pisang yang mengandungi gula yang tinggi ini dapat memberikan khasiat sedemikian.

Image via Nilofa HQ
Warganet turut menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap isu false advertising susu pisang ini di media sosial.
False advertising panggil banana milk is one thing, tipu pasal khasiat is another. Mana datangnya potassium n fibre tu kalau pisang pun takde? Also the sugar content is actually quite high takyah nak sesuai untuk diet sangat. Nak diet makan pisang! https://t.co/DZ01TquC5K pic.twitter.com/pYKGVV59R5
— Juju (@arxxxxmand) November 28, 2019
This is very false advertising. Mengikut nutrition labelling, susu tu tidak mengandungi fiber langsung. So how they can claim that milk can help to remove toxic/waste from body? Second, no ingredient inside the milk that can help to control insulin production????????♀️ pic.twitter.com/1oRx52vhUJ
— Nur Amelia (@ameliameliyy) November 29, 2019
Isu minuman susu pisang jenama Nilofa ini turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri yang juga tampil menyuarakan pendapatnya dan meminta Neelofa untuk menjelaskan perkara sebenar.
Hi @Neelofa, I hope you and your team could clarify this? Of course there’s nothing wrong to sell banana milk, but the advertisement is a bit misleading. I’m sure you’re aware that you are not allowed to advertise over claim health benefits, could you please explain? Thank you. https://t.co/BYLBBrXInV
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 3, 2019
Why can’t they just advertise it as a drink without all these over-claim health benefits. pic.twitter.com/d2cni6ILkZ
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 3, 2019
Pendapat Dr Amalina turut disokong padu oleh warganet yang juga ingin tahu tentang penjelasan sebenar isu ini. Malah, ada juga diantara mereka yang menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan perkara ini