fbpx
Now Reading
Bawa Perodua Kancil Sampai Laos

Bawa Perodua Kancil Sampai Laos

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/azman.ali.3152/posts/969299840116157

Seorang lelaki bersama isterinya membuktikan kereta Perodua Kancil milik mereka yang sudah berusia 25 tahun bukan sahaja masih gagah berjalan malah mampu mengembara sehingga ke luar negara.

Dipetik dari Metro, Azman Ali dan Nurul Ramli mendapat ilham untuk mengembara ke negara orang menggunakan jalan darat selepas melihat kejayaan beberapa orang rakyat Malaysia yang menggunakan motor kapcai dan motor cc rendah untuk mengembara.

“Saya dan isteri kemudian membuat keputusan untuk menaiki Perodua Kancil dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menuju ke Laos dengan meredah perjalanan lebih 5,000 kilometer sejak 1 Disember lalu.

“Kesempatan ini juga saya mahu buktikan kereta buatan Malaysia yang menggunakan kapasiti enjin kecil juga boleh meredah perjalanan jarak jauh tanpa sebarang masalah,” katanya kepada portal berkenaan.

Di fahamkan pasangan ini sudah pun tiba di sempadan Laos China selepas 5 hari menempuh perjalanan sejauh 2500 kilometer. Mereka akan berpatah balik ke Pulau Pinang menggunakan laluan di Utara Thailand terus ke Bukit Kayu Hitam.

Terbukti kereta pertama keluaran perodua ini masih utuh dan begitu kuat kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.