fbpx
Now Reading
Alif Satar Kongsi Kisah Penjual Roti Buat Netizen Terkesima

Alif Satar Kongsi Kisah Penjual Roti Buat Netizen Terkesima

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B56yN8pFU7_/

Baru-baru ini selebriti versatil, Alif Satar ada berkongsikan kisah mengenai seorang pakcik bernama Muniandi, atau lebih dikenali sebagai Kumar si penjual roti di Pulau Pinang

Kisah tersebut menarik perhatian Netizen dan pengikut Alif yang membacanya. Dapat dilihat dalam perkongsian tersebut Alif memuat naik gambar dia sedang berpose dengan penjual roti tersebut.

“Harini kami mencari (gambar)Seni Mural di Balik Pulau. Dari (gambar)art kami terjumpa satu cerita menarik. Ini adalah Uncle Muniandi @ kumar si penjual roti, yang berjaya menghantar anak-anaknya ke menara gading,” tulisnya.

Menurut Alif, lelaki ini berjaya mendidik anak-anaknya sehingga ada yang sudah bergelar doktor, peguam dan seorang lagi bakal menjadi Engineer.

“Seorang tu adalah doktor, satu lagu adalah peguam dan seorang lagi bakal engineer tapi dia masih menjual roti” katanya.

Yang menariknya pada foto yang dimuat naik Alif itu , tersergam satu mural besar mirip pakcik penjual roti tersebut di bangunan yang terletak belakang mereka.

Menurut Alif lagi, pakcik itu turut memberitahu Alif bahawa kesemua pembeli rotinya adalah orang Islam. 

” Customer saya semua orang islam, jadi depa semua kata roti saya halal.. jadi rezeki saya halal,” akhirinya.

Bila dijengah ke ruangan komen, salah seorang pengikut Alif mengakui dia mengenali penjual roti berkenaan.

Alif kemudian membalas komen pengikutnya dan berharap semoga pakcik Kumar dikurniakan rahmat Allah SWT.

Yang pasti bukan calang-calang orang pakcik ni. Sangat Inspiring kisah dia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.