fbpx
Now Reading
Wow! Berendam Dalam Air Panas Bakar Kalori Sama Macam Jogging 30 Minit

Wow! Berendam Dalam Air Panas Bakar Kalori Sama Macam Jogging 30 Minit

Semua orang pasti mengimpikan memiliki badan yang bukan sahaja sihat malah cantik. Selain dari penjagaan makanan , antara juga perlu rajin dalam bersenam untuk memastikan kalori dalam badan dapat dibakar.

Namun tak semua orang rajin kan?

Percaya atau tidak ada satu kajian yang mendapati meluangkan masa dalam kolam air panas di rumah adalah sama dengan berjalan selama 30 minit.

Kajian ke atas 14 lelaki dewasa ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Loughborough , United Kingdomdengan menggunakan 2 kaedah eksperimen berbeza

Eksperimen pertama memerlukan mereka menghabiskan masa selama 1 jam dengan mengayuh basikal, manakala eksperimen kedua memerlukan mereka berehat dalam air panas 40 darjah celcius selama 1 jam.

Hasil kajian membuktikan, rendaman dalam air panas selama sejam itu berjaya membakar 130 kalori, sama seperti dengan berjalan kaki selama 30 minit.

See Also

130 kalori yang terbakar itu bersamaan dengan seketul paha ayam yang korang makan. Haha bagi siapa yang cepat kurus tapi malas bersenam silalah berendam dalam air panas! tapi pastikan 1 jam!

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.