fbpx
Now Reading
Berendam Dalam Air Panas Boleh Bakar Kalori Sama Seperti Berjalan 30 Minit – Kajian

Berendam Dalam Air Panas Boleh Bakar Kalori Sama Seperti Berjalan 30 Minit – Kajian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti mengimpikan badan yang bukan sahaja sihat malah cantik. Selain dari penjagaan makanan, anda juga perlu rajin bersenam bagi memastikan kalori dalam badan dapat dibakar.

Namun hakikatnya tak semua orang rajin bukan?

Percaya atau tidak, satu kajian yang dilakukan mendapati aktiviti meluangkan masa dalam kolam air panas di rumah adalah sama dengan berjalan selama 30 minit.

Kajian ke atas 14 lelaki dewasa yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Loughborough, United Kingdom ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah eksperimen yang berbeza.

Bagi eksperimen pertama, para peserta perlu menghabiskan masa selama 1 jam dengan mengayuh basikal.

Manakala eksperimen kedua pula memerlukan peserta untuk berehat dalam air panas dengan suhu 40 darjah celcius selama 1 jam.

Hasil kajian membuktikan, rendaman dalam air panas selama sejam itu berjaya membakar 130 kalori, sama seperti melakukan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit.

Jika diringkaskan, 130 kalori yang terbakar itu bersamaan dengan seketul paha ayam yang anda makan.

Jadi bagi siapa yang mahu cepat kurus tapi malas bersenam silalah berendam dalam air panas. Namun pastikan anda melakukannya selama 1 jam!

Namun secara personal, kami lebih selesa melakukan aktiviti fizikal secara outdoor. Duduk rumah selalu pun boringkan? Jadi bila bersukan atau bersenam dapatlah keluar lihat dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.