fbpx
Now Reading
Dai Farhan Boleh Dipenjara Kerana Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah

Dai Farhan Boleh Dipenjara Kerana Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemana sahaja anda pergi pasti kisah rumahtangga Dai Farhan dan isteri barunya dibangkitkan sehinggakan ada pihak yang meminta agar berita mengenai mereka dikurangkan dari mendapat liputan.

Bermula dari perkahwinannnya di Tanah Suci Makkah tanpa pengetahuan isterinya, Fatin Nurul Ain kemudiannya pendakwah itu menceraikan isterin pertamanya itu dengan talak satu melalui Voice Note di Whatsapp, hinggalah Dai Farhan di saman oleh kawan baik kepada bekas isterinya ,Ches Al Maliki

Terbaru, pendakwah muda ini mungkin berdepan hukuman denda atas satu kesalahan iaitu melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dia juga telah menceraikan bekas isterinya, dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah. Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan media oleh Ches Al Maliki.

“Nik Farhan mengamalkan poligami dengan berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi tanpa kebenaran mahkamah.

“Perbuatan menceraikan Fatin Nurul Ain dengan talak satu di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.

“Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ditulis juga dalam kenyataan itu yang perbuatan Farhan itu yang dilakukan sebagai individu yang merupakan ikon dan berlatar belakang agama, pendakwah dan selebriti agama menyebabkan undang-undang Islam dipandang hina.

Malah, kenyataan Farhan dalam satu temubual eksklusif bersama sebuah portal hiburan turut disifatkan menghina agama dan undang-undang Islam.

Apa yang kami difahamkan, Laporan itu dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam semalam, 12 Disember 2019

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.