fbpx
Now Reading
“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali” – Mira Filzah Akui Sedang Kenal Seseorang

“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali” – Mira Filzah Akui Sedang Kenal Seseorang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tidak kenal Mira Filzah yang merupakan seorang selebriti tanah air yang mempunyai raut wajah ayu dan manis. Ramai jejaka cuba untuk mendekati beliau tetapi masih tiada desas-desus mengenai pasangannya.

Namun baru-baru ini Mira Filzah mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Bagaimanapun, Mira, 26, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, masih terlalu awal untuk dia berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu,” katanya ringkas.

Dia berkata ini bukan kali pertama dia ditanyakan perkara sebegini.

“Buat masa sekarang, saya selesa berkongsi soal kerjaya saja. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mira berkongsi khidmatnya sebagai pengacara Nona diteruskan pada tahun depan.

Terdahulu, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak dan juga Zizan Razak. Namun, pelakon wanita itu menegaskan hubungannya dengan kedua-dua selebriti lelaki popular itu hanya sekadar kawan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.