“Saya sangka muka sudah cantik putih macam gadis Korea tapi malangnya…” – Nadya Syahera Menyesal Buat Rawatan Sulam Bedak

Zaman sekarang, macam-macam rawatan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit cantik dan gebu serta putih. Tapi banyak juga risiko yang akan dihadapi jika rawatan tersebut tidak dilakukan secara professional dan bersih.

Aktres Nadya Syahera berkongsi pengalaman melakukan rawatan sulam bedak pada kulit wajahnya di Instagram miliknya.

Jelas Nadya dia berpendapat wajahnya akan cantik serta merta sejurus usai rawatan tersebut.

“Ya mungkin ada yang tak pernah dengar dan mungkin ada juga yang cakap kenapa buat sulam bedak? 

“Alkisahnya sebelum raya haji, saya tengok orang buat sulam bedak sana sini dan saya ingatkan boleh cepat cun lah, macam bangun pagi muka dah cantik.

“Tapi dipendekkan cerita, saya pun pergilah buat sulam bedak salah sebuah spa di Shah Alam. 

“Tanpa banyak tanya, saya pun masuk ke dalam bilik untuk buat rawatan. Proses itu dalam 10 minit,” tulis Nadya.

Namun, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu memberitahu kulitnya berubah menjadi kusam dan berjerawat.

“Saya sangka muka sudah cantik putih macam gadis Korea tapi malangnya tidak! 

“Sumpah, saya keluar dari spa itu muka saya kusam! Tapi saya bersangka baik lagi, mungkin esok cantik. 

“Tapi tidak! Berterusan dengan kulit kusam dan bermulalah episod naik jerawat. 

“Selepas beberapa bulan saya rasa kecewa dengan kulit saya sampai di set penggambaran pun jurusolek artis bising muka jadi teruk,” tambahnya.

Nadya kemudiannya mendapatkan khidmat detoks dan mencuci dari dalam kulit dan terpaksa berpantang solek selama tiga hari. 

Nasihatnya agar orang ramai jangan sewenang-wenangnya membuat rawatan wajah yang pelik hingga boleh memudaratkan diri kemudian hari.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

3 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago