fbpx
Now Reading
Selepas Zul Ariffin, Video Lucah Mirip Kamal Adli Pula Tersebar

Selepas Zul Ariffin, Video Lucah Mirip Kamal Adli Pula Tersebar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedang orang ramai masih sibuk memperkatakan tentang penyebaran video lucah mirip pelakon tampan Zul Ariffin dan Iqram Muhammad Dinzly, kini nampaknya Kamal Adli turut terpalit dengan kontroversi yang sama apabila viral satu video yang hampir sama rupanya

Video yang tular di lama sosial itu didakwa memperlihatkan seorang lelaki mirip pelakon tersebut baring di atas katil tanpa seurat benang sambil melakukan aksi tidak senonoh.

Kamal Adli bagaimapun menegaskan penyebaran video ttersebut adalah fitnah terhadapnya oleh individu jahat dengan tujuan untuk menjatuhkan dan menutup periuk nasi.

“Saya hanya boleh cakap individu yang buat benda fitnah yang macam ni, mungkin boleh hentikan. Ia sangat tidak bagus lebih-lebih lagi apabila kita lihat sekarang, ramai lagi yang menjadi mangsa. Ia sangat tidak sihat, tutup rezeki tutup aib orang dan sebagainya.

“Saya tak tahu siapa dalang dan apa ‘point’ mereka sebenarnya. Yang saya tahu, mereka boleh mendapatkan duit bila orang membeli video berkenaan. Benda itu betul atau pun tidak, tapi mereka dapat duit terhadap golongan yang sanggup membeli.

“Benda ni haram, mungkinlah kau tak sedar sekarang tapi di akhirat sebab kau dah buka aib orang, malukan orang. Saya sendiri pun tidak tahu, mungkin sebab ada tak tahu ada scammer macam ni,” katanya.

Dalam masa sama Kamal Adli turut memaklumkan perkara ini perkara itu ke sudah diadukan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta menyerahkan kepada mereka untuk menjalankan siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.