fbpx
Now Reading
Wartawan Dikecam Salah Tulis Berita, Tapi Dimaafkan Sebab Berwajah Cantik

Wartawan Dikecam Salah Tulis Berita, Tapi Dimaafkan Sebab Berwajah Cantik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang wartawan bukan satu kerja mudah. Membuat satu kesilapan sudah cukup untuk anda tampil membuat permohonan maaf.

Namun sekarang bayangkan pula jika kesalahan itu bukan sedikit tetapi banyak. Pasti teruk bukan?

Keadaan ini bagaimanapun agak berbeza buat seorang wartawan sukan dari China apabila beliau telah melakukan kesilapan yang agak besar dalam melaporkan senarai nama pemain bola sepak kebangsaan negara berkenaan bagi kejohanan EAFF E-1 Football Championship (East Asian Football Championship).

Antara kesalahan nama yang dilakukannya adalah dengan menulis nama penjaga gol China Liu Dianzuo sebagai Liu Dianzhu, serta 14 lagi pemain lain.

Ini menaikkan kemarahan peminat pasukan bola sepak negara tersebut dan mereka mula menyerang akaun wartawan tersebut di Weibo.

Namun, semuanya tidak lama apabila foto wartawan tersebut mula tular di media sosial. Xing Chengbo, wartawan dari BD News bukan sahaja dimaafkan malah mendapat pujian ramai kerana kecantikan wajahnya.

Agak cantiklah kan?

Namun majikan Xing telah pun membuat permohonan maaf kepada umum atas kesilapan tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini. Untuk Xing pula, sebagai hukuman, BD News telah menurunkan pangkatnya dari wartawan senior kepada wartawan pelatih.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.