fbpx
Now Reading
Lelaki Lalok Buat Hal Di Bukit Bintang, Panjat Papan Tanda Dan Tendang Bomba [Video]

Lelaki Lalok Buat Hal Di Bukit Bintang, Panjat Papan Tanda Dan Tendang Bomba [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/naz.nana.319/videos/171831994214388/

Semalam viral beberapa video di media sosial, apabila seorang lelaki yang dikatakan di bawah pengaruh dadah jenis gam memanjat dan berehat santai di atas papan tanda di sebuah jalan raya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kejadian tersebut menyebabkan orang awam yang risau akan keselamatannya segera menghubungi pihak polis dan bomba bagi membawa lelaki berkenaan turun

Posted by Nick SHah RUL on Tuesday, 17 December 2019

Kehadiran pihak berkuasa bagaimanapun tidak dihiraukan oleh lelaki tersebut malah dia juga didakwa ingar pada arahan mereka; mungkin disebabkan keadaannya yang separa sedar menyebabkan mereka terpaksa memanjat dan menggunakan sedikit kekerasan dalam membawanya turun dengan selamat.

Lebih meriuhkan keadaan apabila , seorang anggota bomba yang cuba untuk menariknya turun di tendang di bahagian muka memaksa pihak polis untuk menggunakan perenjat (taser gun) dalam cubaan membawanya turun.

Selepas beberapa minit kemudiannya pihak berkuasa berjaya menurunkan lelaki berkenaan selepas beberapa kali percubaan.

Saksikan video yang dikongsikan oleh Naz Nana di Facebook momen dimana anggota bomba dan anggota polis di tendang di bahagian muka sewaktu dalam operasi menyelamat

Posted by Nick SHah RUL on Tuesday, 17 December 2019

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.