fbpx
Now Reading
Bekas Finalis Dewi Remaja , Ernisha Tidak Lagi Berhijab, Enggan Dilabel Hipokrit

Bekas Finalis Dewi Remaja , Ernisha Tidak Lagi Berhijab, Enggan Dilabel Hipokrit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti semua masih ingat kontroversi yang melanda Dewi Remaja 2018 sehinga menyebabkan gelaran Dewi Remaja 2019 milik Haneesya Hanee ditarik balik. Selain dari itu dua lagi finalis iaitu Fazreen Fazera dan Ernisha turut tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis dewi remaja’.

Semuanya gara-gara video mereka berparti liar di kelab malam tular sehari selepas kemenangan Haneesya di Dewi Remaja. Namun yang paling mengejutkan ramai pihak adalah Ernisha yang tampil bertudung namun berpakaian seksi didalam video berkenaan.

Ekoran dari tularnya video berkenaan  Ernisha nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman mengakui dia memang jenis on off bila bertudung. Namun dia mahu munasabah diri dan memohon agar orang ramai mendoakan agar dia terus kekal bertudung.

Terbaru, bekas finalis Dewi Remaja itu Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman mengakui dia kini sudah tidak lagi berhijab.

Dipetik dari Harian Metro, keputusan itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama selain tidak mahu dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit.

“Saya mengaku sudah tidak lagi berhijab kerana bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah. Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar.

“Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Ernisha yang kini banyak memfokuskan kerja hos dan pengacaraan majlis, dalam masa sama turut mengakui yang pihak keluarga pada mulanya tidak boleh menerima kenyataan tersebut, namun selepas dia berterus terang mengenai keadannya itu, mereka dapat juga menerimanya

Malah, keluarganya sentiasa mendoakan agar dirinya diberikan kekuatan untuk berhijab semula suatu hati nanti.

Ernisha Dewi Remaja
Ernisha yang manis bertudung Foto : IG Ernisha

“Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.

“Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.

“Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu. Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” katanya lagi.

Katanya, dia berharap orang ramai tidak lagi terus mengecam dirinya sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa mendatang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.