fbpx
Now Reading
“Di Malaysia Kau Meninggal Baru Stop Shooting” – Izara Aishah

“Di Malaysia Kau Meninggal Baru Stop Shooting” – Izara Aishah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila bercerita mengenai kerjaya ,ramai yang beranggapan menjadi seorang pelakon adalah mudah, hanya perlu beraksi di hadapan kamera dan kekal aktif di media sosial. Namun sebenarnya ia tidak semudah dan seindah yang disangka.

Seperti perkongsian pelakon Izara Aishah dimana pelakon ini terpaksa meneruskan penggambaran tanpa berehat meskipun sedang mengalami kecederaan teruk pada wajahnya.

Menerusi Twitter, Izara bercerita dimana dia telah berdepan pengalaman buruk itu sewaktu menjalani penggambaran drama Ombak Rindu yang disiarkan menerusi platform iflix.

Izara Aishah

Malah pihak produksi terpaksa menutup kesan lebam itu dengan solekan sehingga wajahnya kelihatan agak pelik.

“Ketika melakonkan babak dalam Ombak Rindu, sesuatu telah terjadi kepada saya. Ada scene dalam tu lebam saya lebam betul, bukan make up. Sebab tu wajah saya nampak pelik ketika itu. Mereka cuba untuk cover dengan make up.

Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga,” ujarnya.

Foto : Twitter Izara Aishah

Dia dalam masa sama turut memuat naik beberapa foto memperlihatkan wajahnya dengan beberapa kesan lebam di matanya selain keadaan gigi depannya yang sumpik.

Perkongsian Izara itu ternyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dan marah kerana pelakon itu menerima layanan sedemikian. Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada pelakon terbabit.

Namun yang pasti Izara tetap menyatakan dia sentiasa mendapat layanan yang baik dari syarikat produksi iaitu Infinitus Entertainment dan pihak iflix sewaktu dalam penggambaran drama berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.