fbpx
Now Reading
Pelajar Solat Di Pusat Karaoke Ketika Kawan Tengah Menyanyi Undang Pelbagai Reaksi

Pelajar Solat Di Pusat Karaoke Ketika Kawan Tengah Menyanyi Undang Pelbagai Reaksi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular sekeping gambar yang menunjukkan dua orang pelajar perempuan yang berkunjung ke sebuah pusat karaoke. Namun apa yang mencuri perhatian ialah apabila salah seorang daripadanya sedang menunaikan solat.

Pelajar berkenaan dilihat membelakangkan rakannya yang memakai uniform sekolah sedang menyanyi di pusat karaoke, sehingga menimbulkan reaksi dari orang ramai, termasuk Majlis Ulama Indonesia.

Menurut Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia, Asrorun Niam berkata, solat berkenaan adalah sah sekiranya tempat itu suci dan bersih daripada sebarang najis.

“Doa adalah sah jika keadaan dan keharmonian dipenuhi. Tempat itu boleh berada di mana saja, selagi ia suci,” kata Niam ketika memberi pengesahan kepada Detik.com.

Dalam pada itu, netizen juga turut mempersoalkan tindakan pelajar berkenaan menunaikan solat dalam ruangan terbabit yang diragui kebersihannya.

Sumber: Detik.com.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.