fbpx
Now Reading
Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat

Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu.

Seperti yang diumumkannya sebelum ini, sumpah laknat itu dibuat sebaik sahaja selesai solat Jumaat sekitar jam 2.10 petang dan telah disaksikan ribuan jemaah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dan Datuk Seri Ahmad Maslan serta beberapa ahli politik lain.

Isterinya, Datin Seri Rosmah serta seorang anaknya difahamkan turut berada disana bagi menyaksikan bekas Perdana Menteri itu melafaz sumpah.

Dalam kenyataan sumpah laknat tiga perenggan itu, Najib turut menafikan bahawa beliau mengenali Altantuya malah langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita berkenaan apatah lagi terlibat mengeluarkan arahan membunuh Altantuya.

“Asalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh, bimsmillahirahmannirrahim…

“Pada hari ini 20 Disember 2019, bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441 H, di dlaam rumah Allah SWT yang mulia ini dan Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan ini sesungguhnya, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut…

“Auzubillahiminashitonirojim, bismillahirahmanirohim… Wallahi, Wabillahi, Watallahi…

“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Sharibu.

Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang menfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia di akhirat,” katanya dalam lafaz muhabalah berkenaan.

Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Posted by Najib Razak on Thursday, 19 December 2019

Terdahulu Najib memaklumkan Sumpah Laknat dilakukan itu bertujuan membersihkan namanya yang didakwa terbabit memberi arahan pembunuhan Altantuya sebagaimana akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas pegawai di Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri yang kini berdepan hukuman gantung sampai mati.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.