fbpx
Now Reading
Najib Razak Lakukan Sumpah Laknat Selepas Solat Jumaat Hari Ini

Najib Razak Lakukan Sumpah Laknat Selepas Solat Jumaat Hari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156586068210952

Begitu mengejutkan semua pihak apabila bekas pegawai polis, Azilah Hadri, yang bakal berdepan hukuman gantung baru-baru ini membuat pengakuan yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak adalah orang yang mengarahkannya untuk membunuh (shoot to kill) wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Dia dalam masa sama turut mendakwa Najib ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkannya supaya menghapuskan mayatnya dalam satu akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 17 Oktober 2019.

Baca artikel berkaitan : Akuan Bersumpah Azilah Hadri Kaitkan DS Najib

Menerusi laman Facebook miliknya, bekas Perdana Menteri Malaysia itu memberitahu kepada umum bahawa dia akan menjalankan sumpah laknat untuk menepis dakwaan berat oleh Azilah tersebut.

Najib Razak akan melakukan sumpah laknat hari ini.

Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri. Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini. Sekian, terima kasih – Datuk Seri Najib Razak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.